Monday, January 26, 2009

Sunday, January 25, 2009

Friday, January 23, 2009

Urus Masa Berkualiti

Cuti tahun baru Cina sekolah saya agak panjang. Bagaimanapun, sepanjang cuti saya perlu menyiapkan beberapa tugasan dan date line hampir 80% selepas cuti ini. Tugas menanda buku pelajar dah memang menjadi tugas utama yang mesti diselesaikan. Hari ini saya dok memikir untuk merancang betul-betul agar cuti ini tidak berlalu begitu sahaja. Doakan saya agar dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan di samping bercuti bersama keluarga...

Thursday, January 22, 2009

Mencari Magic

Arwah ayah saya juga seorang pendidik. Sejak kecil, saya sering menemankan beliau menanda kertas peperiksaan pelajarnya. Saya sering bertanya kepada beliau kenapa ada yang dapat markah tinggi dan sebaliknya. Ayah hanya menjawab kemampuan pelajar tak sama .. setiap pelajar ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Memang betul apa yang beliau katakan. kemampuan pelajar berbeza. Tugas kita sebagai guru mencari magic itu. Maka disini timbul teori pelbagai kecerdasan.... terokailah kemampuan pelajar kita....

Tuesday, January 20, 2009

Nak ke Tak Nak..............

Nak ke tak nak... tajuk buku oleh penceramah motivasi Dr. HM Tuah Iskandar al Haj. Kalau nak seribu daya kita usahakan .kalau tak nak seribu dalih kita katakan. Berbagai perkara dan keadaan boleh kita kaitkan dengan bidalan orang dahulu kala. Semuanya terletak kepada sikap dan pendirian kita. Bila bekerja cuba perhatikan tiga perkara dibawah:
1. Terima tanggungjawab sebagai amanah
2. Tetapkan hasrat , kehendak, kemahuan, sasaran , azam, target dan cita-cita untuk melakukan sesuatu yang terbaik
3. Letakkan TUHAN dalam kedudukan yang utama dalam segala hal.
Saya yakin setiap langkah yang kita tempuhi mestilah seiring dengan tuntutan agama dan setiap kerja yang kita laksanakan mestilah kita tahu apakah kesudahannya seperti saranan stephen convey... dalam bukunya the 7 habits of highly effective people "begin with the end in mind".

Wednesday, January 14, 2009

Teknologi oh Teknologi

Hari ini lebih baik daripada semalam.. Islam telah mengajar kita agar sentiasa berubah. Zaman sentiasa berubah.. kalau kita sebagai guru tidak mengejar zaman teknologi masa kini kita akan ketinggalan. Pelajar juga semakin pandai dan bijak dengan teknologi di depan mata mereka.. bahkan kekadang lebih advance daripada kita. Hidup ini tidak akan memberi makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu. Sudah semestinya sesuatu yang memberi kebaikan kepada semua dan akhirnya jika mindset kita tidak berubah mengikut masa dan keadaan kita akan ketinggalan.. fikir-fikirkanlah......

Saturday, January 10, 2009

Bebanan tugas semakin mencabar

Tahun ini , kalau dilihat dan dibelek2 sememangnya beban tugas bergelar pendidik ini agak mencabar. Saya masih ingat semasa di kampus dulu , pensyarah sering menjelaskan perbezaan antara mendidik dan mengajar. Sampai kami diberi tugasan itu... Bila saya menceburi bidang ini nyatalah tugas mendidik ini memerlukan pengetahuan, kesabaran, ketabahan dan ketahanan diri . Sememangnya pelajar amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada kita yang bergelar pendidik. Jadi tekad saya tahun ini akan memberikan ilmu, bimbingan dan tunjukajar kepada pelajar saya. Banyak lah perancangan dan strategi yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kejayaan itu....

Friday, January 9, 2009

Baru.. nak belajar buat blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tirai 2009 dimulai dengan azam dan niat untuk terus meningkatkan diri baik dari segi fizikal, mental dan spiritual . Tahun 2008 tetap pergi dengan seribu kenangan dan pengalaman yang akan mematangkan diri. Bagi diri saya tahun 2009 ini akan dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman baru dalam meniti hari-hari mendatang. Semoga dengan kewujudan blog ini akan memberi tekad buat diri yang masih alpa dan kekurangan ilmu.....