Saturday, October 31, 2009

Penambahan Ilmu

Hari ini 31 Oktober 2009 , saya diamanahkan menjadi juruacara bagi satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk kesekian kalinya di sekolah saya. Pengalaman mengendalikan program yang lepas-lepas dan pengalaman di kampus sememangnya amat berguna.Bila diberi amanah sebegini kita harus membuat sedikit 'homework', siapa penceramah, latarbelakang penceramah, tajuk ceramah , siapa penonton dan situasi penonton. Sedikit bahan yang saya perolehi dan pertolongan sahabat banyak membantu merealisasikan program berjalan lancar. Terima kasih atas rakan-rakan yang memberi dorongan dan sokongan . Segala kelemahanan akan saya perbaiki untuk mencapai kesempurnaan di masa akan datang.


Free Clipart

Monday, October 26, 2009

CIRI-CIRI BUDAYA KERJA CEMERLANG

Antara budaya kerja cemerlang yang perlu dipraktikkan:

Kerja Sampai Habis
Buat Sampai Siap
Proaktif & Tahu Kerja Sendiri
Inovatif & Faham Tugas Sendiri
Kreatif & Tahu Kehendak Pelanggan
Produktif & Cemerlang
Pakar Dalam Bidang Sendiri
Bersih & Cintakan Kebersihan
Sentiasa Berkongsi Wawasan
Sentiasa Berkongsi Misi
Hayati "Interpersonal Trust & Organizational Trust"
Tunjukkan Kelebihan Diri
Amalkan Budaya "Zero-Fear"
Sentiasa Menjadi Pemimpin & "Role-Model"
Cepat Bertindak Serta Berkualiti dan Berkesan
Menyalahkan Diri Sendiri Lebih Daripada Menyalahkan Orang Lain
Tidak Mengata-ngata Orang Lain; Apa Lagi Keluarga Sendiri
Seronok dI tempat kerja
Hayati Budaya Ihsan
Istiqamah Dalam Kerja
Maju & Sentiasa Di Hadapan
Memuji Dengan 1001 Cara
Melaksanakan Sesuatu & Tidak Hanya Mengaku Ingin Membuatnya
Mementingkan Inisiatif
Gemar Belajar Sepanjang Hayat
Membuat Keputusan Berasaskan Fakta; Bukan Andaian
Miliki Sikap "I Want To Be The Best"
Sumbangkan Yang Terbaik & Cemerlang
Penekanan Lebih Kepada Nilai-nilai Keagamaan
MENEPATI MASA
Mahir Komputer
Menguasai IT & Alam Siber

Friday, October 23, 2009

Siapa Tahu???


Jangan sangka semua orang tahu apa yang kita rasa dalam hati. Adakalanya kita marah, tetapi orang lain menyangka kita tak kisah. Kadang-kadang kita kecewa, tetapi wajah kita kelihatan biasa. Adakalanya kita gembira , tetapi muka merah membara. Tidak semua emosi tergambar di wajah. Sekiranya tergambar pun, tidak semua orang mampu "membacanya".

Oleh itu , cara yang mudah adalah dengan menyatakan apa yang kita rasakan, terutama sekali rasa penghargaan kepada rakan-rakan sekerja. Penghargaan bererti pengiktirafan dan penerimaan sosial bagi seseorang itu. Mengikut Maslow. ia adalah antara sumber motivasi yang berkesan, kerana manusia secara fitrah ingin diiktiraf dan diterima.

Thursday, October 22, 2009

Berkira kerja!!!

Setengah orang amat berkira kerja dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Kenapa perlu berkira??? Anggaplah setiap pekerjaan yang kita laksanakan satu tanggungjawab dan amanah serta dalam masa yang sama kita juga menerima pengalaman yang amat berharga.

Tuesday, October 20, 2009

Pemantauan Datang Lagi

Tahun ini sekolah telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Semua pihak perlu bergading bahu dalam melengkapkan dokumentasi berpandukan instrument yang diberikan.. Semoga berjaya diucapkan kepada semua

Monday, October 5, 2009

Penghujung Persekolahan

Tinggal sehari lagi Peperiksaan PMR akan dijalankan. Semoga berjaya kepada yang akan menghadapinya. Selepas PMR, menyusul pula peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Selesai sahaja peperiksaan ini peperiksaan SPM pula muncul. Begitu cepat masa akan berlalu.. orang yang merancang akan bertindak bagi memenuhi masa yang ada. Saya mengingatkan diri ini bahawa masa tetap akan meninggalkan kita.. masa yang telah berlalu tidak akan berulang semula...... Rancang ! Rancang ! Rancang!
If you fail to plan, you plan to fail....

Thursday, October 1, 2009

Individu Kuat!!

Nabi berpesan.." Individu yang kuat adalah individu yang dapat mengawal diri ketika marah"

Diam tidak bererti kalah. Dalam diam ada kemenangan.
Lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak mendatangkan faedah...