Wednesday, July 29, 2009

Gambar Robotik


Juga gambar candid!!! "Pictures say a thousand words"!!!

Tuesday, July 28, 2009

Kursus Inkubator Inovasi 2009

Hari ini 28 Julai , saya menghadiri kursus Inkubator Inovasi 2009. Pelbagai ilmu yang saya perolehi.. Semoga saya dapat menjalankan kerja-kerja berkaitan.

Saturday, July 25, 2009

Gambar terkini

Di hadapan Bilik ISIS .... semasa program "Sentuhan Kasih" yang lalu.Gambar candid oleh kawan di sekolah!

Friday, July 24, 2009

Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan


21-22 Julai yang lalu, sekolah saya telah menjadi pengelola Pertandingan Robotik Sekolah-sekolah Negeri Sembilan. Saya telah diamanahkan menjadi ahli jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderamata. Gambar di atas adalah gambar semasa pendaftaran di mana kami diminta menyerahkan Sijil Penyertaan kepada peserta.

Soalan Peperiksaan

Hujung minggu ini saya perlu menyiapkan soalan ujian ogos. Tarikh ujian bermula sama dengan tarikh peperiksaan percubaan pmr (3 Ogos). Di samping itu juga saya perlu menyiapkan modul soalan tajuk "Simultaneous Equation" untuk projek Matematik Tambahan. Saya harap dapat merancang dengan baik agar semuanya sempurna dan berkualiti.

Wednesday, July 22, 2009

Ucaplah terima kasih...

Dalam dunia nyata ini ramai orang yang sanggup menjulang kejayaan di atas perit-jerih orang lain.
Binalah kejayaan atas usaha kita sendiri. Tidak dinafikan kejayaan kita , ada sumbangan dan usaha orang lain. Belajarlah berterima kasih. Saya sering memaksa diri mengucapkan kalimah keramat itu walaupun agak sukar kerana ia berkait dengan ego diri sendiri. Kecaplah kejayaan di samping jangan lupa berterima kasih kepada insan-insan yang menolong kita meraih kejayaan itu.

Friday, July 17, 2009

Lama tak menjengah

Lama sudah saya tidak menulis diblog ini. Kesibukan dengan tugas-tugas menyebabkan tak berkesempatan menulis. Apa pun.. disamping tugas yang semakin mencabar saya sering memujuk hati supaya sentiasa positif dengan apa saja yang diberi. Menjadi seorang yang proaktif memerlukan pengorbanan yang amat jitu. Setiap apa yang diberi perlu diterima dengan hati yang luas. Barulah kita boleh menakluk hati dan diri....