Sunday, November 11, 2012

Rombongan Cik Kiah

Pada 4 November 2012, saya sempat menyertai rombongan ke Johor Premium Outlet dan Plaza Angsana Johor Bharu ..seronok bersama rakan yang sporting serta dapat berkunjung ke Negeri Johor , tempat saya bersekolah dahulu

Dinner time

Bulan oktober/november ini menyaksikan beberapa siri jamuan makan malam yang melibatkan beberapa unit di SMK Puter

Friday, October 12, 2012

Buah hati

Tak sedar rupanya kesayangan saya. si Izzah dan Aaron makin membesar....

Tuesday, October 9, 2012

Masak lemak ketam

Lama betul rasanya tak masak ketam masak lemak cili api . Plan asal anak2 mahukan ketam masak kicap ..tapi saya menegaskan ketam sedap jika dimasak dengan berkuah. Akhirnya alhamdulillah.... sehingga menjilat jari

Saturday, October 6, 2012

Anuar Zain Sempurnakan Aku

Sarapan mee bandung

7 Oktober 2012, Kerinduan pada mee bandung tiba-tiba menjelma di benak fikiran seawal pagi ini. Teringat sarapan di kampung asalku Muar dengan mee bandung,mee rebus,soto dan sate yang amat menyelerakan. Seperti satu kejanggalan jika seseorang bersarapan sate namun tidak bagi masyarakat di Muar. Bagi mengubat kerinduan kepada masakan mee bandung , saya teringat restoran yang dimiliki oleh salah seorang rakan sekolah di Sabgs ,Muar. Restoran yang saya maksudkan adalah Pak Tam Kopitiam yang terletak berhampiran stadium hoki Seremban 2. Alhamdulillah mee bandung yang dicita sudah mendatang. Syukur ya Allah atas nikmat yang diberi. Sesungguhnya kita harus bersyukur di atas segala nikmat yang diberi, syukur itu nikmat

Good luck kak ngah

6 okt 2012.... Majlis solat hajat dan bacaan yassin telah diadakan di SMS Rembau(semesra)..dikesempatan ini saya berpeluang berjumpa dengan beberapa guru kak ngah bagi mendapatkan restu dan mendoakan kak ngah tenang dan mencapai kejayaan dalam pep PMR nanti.

Bacaan berkualiti

Berkenalan dengan beberapa penulis buku dalam tiga bulan kebelakngan ini mengamit hati untuk terus membaca.Sejarah kehidupan saya berlatarbelakangkan ayah seorang Ustaz yang meminati bahan bacaan.Antara buku2 yang seingat saya berada di rumah adalah novel Badai Semalam,Keluarga gerila,rumahku syurgaku,di bawah lindungan Kaabah karya Buya Hamka. Pada saat itu saya tidak mengerti kenapa begitu banyak novel serta buku motivasi dibeli oleh ayah.Selain novel,ayah juga sering membeli majalah Dian....bagi mengelakkan buku berselerak,ayah sendiri membuat rak buku yang simple agar ia nampak lebih kemas dan tersusun. Rupa-rupanya minat itu diwarisi oleh saya ..di rumah ini saja agak banyak buku yang saya beli untuk dibaca dan dihayati.Biar orang kata kita tidak berharta tapi kaya dengan ilmu dari bahan bacaan. Alhamdulillah ,kini anak-anak mewarisi minat itu, ia tak diperlu di paksa dan disuruh .. Cukup dengan menunjukkan budaya membaca itu wujud dalam diri kita. Kak long pula sedang mengasah minat menulis pula.Karya beliau pernah dimuatkan dalam antologi cerpen terbitan sekolahnya.Apa yang unik di sini saya juga memiliki buku yang paling tua di rumah ini. Buku ini terbitan Pustaka Antara pada tahun 1963 dan semestinya ia adalah tinggalan arwah ayah.Terima kasih buat arwah ayah yang menjadikan budaya membaca ini satu tradisi untuk kami.

Friday, October 5, 2012

bingkisan hari ini

Assalamualaikum..hampir 4 bulan tidak menulis di blog sendiri...bukan tiada masa tapi urusan kerja dan keluarga menjadi kekangan ...terlalu banyak kisah dan cerita yang ingin dikongsikan disini .. sebagai renungan untuk kita ..menjadikan diri lebih baik ...insya Allah ada masa nanti saya akan postkan cerita terkini untuk dikongsi bersama

Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

Bergambar bersama ibu tersayang..alhamdulillah masih punya ibu yang sentiasa menyayangiku

Sunday, April 29, 2012

Jalan-jalan

Kesempatan di hujung minggu keluar dengan keluarga

Wednesday, February 22, 2012

Sunday, February 19, 2012

Sunday, February 12, 2012

Rona roni makaroni

Juadah simple seisi keluarga pada 12 Februari 2012

Thursday, February 9, 2012

Wednesday, February 8, 2012

Ikan kerapu masak stim

8 February 2012, saya mencuba resepi baru Ikan kerapu Masak stim

Tuesday, February 7, 2012

Monday, February 6, 2012

Izzah kena injection vaksin ke 2

Hari ini Izzah ke Klinik Haiwan Senawang untuk mengambil vaksin ke 2. Mood Izzah hari ini begitu baik kerana kehadiran kucing-kucing lain di Klinik tersebut

Sunday, February 5, 2012

Juadah tengahari

Juadah tengahari pada 6 Februari 2012

Persaraan Puan Chan



Pada 1 Februari 2012 yang lalu Majlis Persaraan Pn Chan Lee Mee telah dianjurkan kelab guru /Staf SMK Puteri

Izzah


Izzah..kucing kesayangan keluarga

Apple

Tuesday, January 24, 2012

My new Gadget


My New Gadget..iPad2

Jalan-jalan di Lowyat Plaza


Cuti CNY yang lepas ( 21-24 Januari 2012) kami sekeluarga telah mengisi masa bersama keluarga..salah satu destinasi yang kami tuju ke Lowyat Plaza...

Saturday, January 21, 2012

Resepi baru




Tahun baru 2012 ini disebabkan kak long Syafiqah sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaan SPM beliau, maka minat memasak saya semakin bertambah .. lebih-lebih lagi beliau juga mempunyai minat yang sama. Hari ini kami mencuba resepi baru.. Chicken Grill dan Whipped Potato style kami .

Tahun 2012

Selamat menempuh tahun baru 2012.. Semoga segala cabaran di tahun 2011 akan terus digagahi dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan di tahun 2012