Saturday, October 6, 2012

Sarapan mee bandung

7 Oktober 2012, Kerinduan pada mee bandung tiba-tiba menjelma di benak fikiran seawal pagi ini. Teringat sarapan di kampung asalku Muar dengan mee bandung,mee rebus,soto dan sate yang amat menyelerakan. Seperti satu kejanggalan jika seseorang bersarapan sate namun tidak bagi masyarakat di Muar. Bagi mengubat kerinduan kepada masakan mee bandung , saya teringat restoran yang dimiliki oleh salah seorang rakan sekolah di Sabgs ,Muar. Restoran yang saya maksudkan adalah Pak Tam Kopitiam yang terletak berhampiran stadium hoki Seremban 2. Alhamdulillah mee bandung yang dicita sudah mendatang. Syukur ya Allah atas nikmat yang diberi. Sesungguhnya kita harus bersyukur di atas segala nikmat yang diberi, syukur itu nikmat

No comments:

Post a Comment