Saturday, June 27, 2009

Gambar tahun 2009





Diantara wajah 6 bulan pertama 2009

Tuesday, June 23, 2009

Matematik Tambahan susah

" Cikgu kenapa Matematik Tambahan susah?".. Itu yang selalu disoal oleh pelajar . Saya sering menegaskan bahawa Matematik Tambahan senang. Yang penting kena faham konsep. ... saya sering bertanya kepada diri ... membuat sedikit research yang tidak formal kenapa pelajar sejak azali lagi mengatakan matematik tambahan itu amat sukar. Tugas saya sekarang ... saya perlu mencari kaedah yang sesuai dengan masa kini agar pelajar suka dengan subjek ini dan menyatakan matematik tambahan satu subjek yang menyeronokkan.

Sunday, June 21, 2009

History of Maths

http://www.youtube.com/watch?v=wo-6xLUVLTQ

Saturday, June 20, 2009

Melawat bersama pelajar


Di Menara Taming Sari

Sabtu 20 Jun 2009. Hari ini saya berpelung membawa pelajar ke Melaka. Destinasi pertama dilawati ialah kompleks Falak al Khawarizmi dan seterusnya ke Bandar Melaka.

Wednesday, June 17, 2009

Pilihan Terbaik

Saya telah memohon kepada Allah s.w.t untuk mendapat pilihan terbaik. Kini saya telah membuat pilihan itu. Doakan saya agar pilihan ini akan meneruskan usaha saya untuk menjadi lebih terbaik daripada sebelumnya.

Tuesday, June 16, 2009

Buat pilihan..

Dalam hidup ini kenkadang kita diberi dua pilihan yang baik. Namun kita perlu memilih mana yang terbaik. Perlu dilihat pro dan kontra dengan pilihan kita. Saya perlu berdoa memohon kepadaNya

Monday, June 15, 2009

Setengah Tahun

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun. Di sekolah hari ini saya menyerahkan semula skrip jawapan pelajar untuk dibincang bersama. Masa amat pantas berlalu. Target selepas cuti ini ialah untuk meneruskan silibus dan menghabiskan silibus lebih-lebih lagi kelas peperiksaan yang saya ajar pada tahun ini.

Saturday, June 13, 2009

Tercapai juga target

Alhamdulillah tercapai target untuk menyiapkan menanda skrip pelajar dalam cuti pertengahan tahun...

Thursday, June 4, 2009

Baru dapat 80 skrip.

Cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu.. Saya baru dapat menanda 80 ajer. Ada 160 skrip menunggu. Kenapalah lambat sangat. Adakah disebabkan cuti sekolah yang masih ada bakinya. Walhal naik cuti banyak tugas nak disiapkan.... Saya cuba sedaya .... nak siapkan juga sebelum naik sekolah nanti.