Tuesday, September 22, 2009

Gambar Raya 2009

Raya di Seremban, Negeri Sembilan



Raya di Muar, Johor

Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

Bersyukurlah...

Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing

Orang dulu-dulu ingin menggambarkan kebersamaan dengan muafakat. Semuanya adalah tanggungjawab semua. Masing-masing memainkan peranan tersendiri bagi menjayakan matlamat bersama. Bukannya berfikir secara individualistik dan sendiri-sendiri.
Begitu juga dalam organisasi di tempat kerja. Apabila kita seronok berkarier, antara yang penting adalah memupuk rasa kebersamaan dan tanggungjawab kepada organisasi yang kita sertai. Semua perlu merasai dan menghayati betul-betul. Kemudian barulah ia terserlah dalam kerja seharian.
Nabi Muhamad pernah berkata" Kambing yang bersendirian pasti dibaham serigala". Kata-kata ini ingin menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kerja kebersamaan dalam menjamin kejayaan sesebuah syarikat atau jabatan . Bagaimana pula di tempat kita???

Dipetik daripada Buku " 55 Petua Seronok Bekerja" oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.


Have a Wonderful Day!
Grab a new Myspace 2.0 Layout


Tuesday, September 8, 2009

Rakaman EduwebTv











Hari ini 8 September 2009, saya telah terpilih oleh eduwebtv untuk menjalani pengambaran. Slot yang utama untuk sesi pengambaran ini ialah sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk sesi ini saya telah diadakan di Makmal Komputer. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selepas tamat pengambaran sesi pengajaran dan pembelajaran , pihak eduwebtv telah mengambil beberapa slot sepanjang hari saya berada di sekolah( rasa popular sekejap!!).... dan sesi temuramah dengan pelajar dan beberapa rakan guru mengenai saya. Terima kasih kepada pelajar dan rakan yang membantu saya dalam menyempurnakan tugas pengambaran. Budi kalian akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.
Antara gambar yang sempat diambil.....

Thursday, September 3, 2009

BULAN PUASA PENUH KEBERKATAN

Mengajar di bulan Ramadhan memerlukan kekuatan dalaman dan fizikal. Jangan jadikan bulan yang mulia ini lemah dan longlai dalam melaksanakan amanah kita sebagai pendidik. Seharusnya ianya lebih baik kerana pahala yang dijanjikan adalah berlipat kali ganda, apatah lagi tugas mendidik ini. Semoga kita beroleh kemenangan dalam menjalankan usaha kita mendidik anak bangsa.