Thursday, December 31, 2009

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Cuti sekolah telah pun sampai ke penghujungnya. Mulai minggu depan sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula. Tahun baru seharusnya disambut dengan semangat baru, nekad baru, sikap yang lebih baik dan sentiasa lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga kehadiran tahun 2010 ini akan memberi kejayaan buat kita semua.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR 2009


Hari ini anak sulung saya mendapat keputusan PMR . Alhamdulillah beliau berjaya mendapat straight A

Saturday, December 19, 2009

Gathering 2009


19/12/2009 yang lalu.. saya dan rakan sempat mengadakan gathering SPM batch 1986 dari SABGS Muar , Johor. Buat pertama kalinya berjumpa setelah hampir 20+ tak bertemu ...

Tuesday, December 8, 2009

Sunday, December 6, 2009

Sunday, November 29, 2009

Suasana Kampung Halaman




Aidil Adha yang lalu, saya dan keluarga sempat pulang ke kampung . Suasana damai, nyaman masih terasa di kampung.. sempat melupakan kesibukan berada di bandar.

Saturday, November 28, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Sunday, November 22, 2009

Image HDR


Sebelum

Selepas

Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR angah Aqilah

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Negeri Sembilan Melaka
( 20/11/2009- Jumaat)





Nurul Aqilah Binti Abdul Rahim anak kedua saya ketika mengambil keputusan UPSR 2009 (19/11/2009). Alhamdulillah beliau mendapat straight A

BUKA MINDA yang tertutup

BUKA MINDA.... TERIMA TEGURAN DAN SARANAN SECARA POSITIF... PASTI KEJAYAAN MILIK KITA

Wednesday, November 18, 2009

Bina Keyakinan Diri

Untuk memperoleh kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak dugaan,ujian yang kadangkala menguji kita. Bila sudah berjaya,, untuk sentiasa konsisten juga amat sukar.. Saya memegang kepada prinsip kita tidak pernah sempurna .. perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu baru untuk mengupgradekan diri ini.

Annual Dinner 3



Kumpulan kami menang kedua-dua pertandingan malam itu.

Tuesday, November 17, 2009

Friday, November 13, 2009

Dimanakah kita??

Adakah kita optimistik, realistik atau psimistik???

Adakah kita proaktif atau reaktif???

Thursday, November 12, 2009

Friday, November 6, 2009

Motivasi Diri


Setiap pekerjaan itu bergantung kepada niat.Ini merupakan motivasi bila melakukan sesuatu perkara. Biarpun kita katakan motivasi luaran dan dalaman itu penting namum jika motivasi dalam tidak dihadam , apatah lagi motivasi luaran. Kita seharusnya berfikir setiap detik dan saat pekerjaan yang kita lakukan akan diberi ganjaran dan ianya bergantung daripada niat kita melakukannya. Carilah motivasi dari dalam ... kerana ia akan memberi kesan setiap langkah perjalanan kehidupan ini.

Saturday, October 31, 2009

Penambahan Ilmu

Hari ini 31 Oktober 2009 , saya diamanahkan menjadi juruacara bagi satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk kesekian kalinya di sekolah saya. Pengalaman mengendalikan program yang lepas-lepas dan pengalaman di kampus sememangnya amat berguna.Bila diberi amanah sebegini kita harus membuat sedikit 'homework', siapa penceramah, latarbelakang penceramah, tajuk ceramah , siapa penonton dan situasi penonton. Sedikit bahan yang saya perolehi dan pertolongan sahabat banyak membantu merealisasikan program berjalan lancar. Terima kasih atas rakan-rakan yang memberi dorongan dan sokongan . Segala kelemahanan akan saya perbaiki untuk mencapai kesempurnaan di masa akan datang.


Free Clipart

Monday, October 26, 2009

CIRI-CIRI BUDAYA KERJA CEMERLANG

Antara budaya kerja cemerlang yang perlu dipraktikkan:

Kerja Sampai Habis
Buat Sampai Siap
Proaktif & Tahu Kerja Sendiri
Inovatif & Faham Tugas Sendiri
Kreatif & Tahu Kehendak Pelanggan
Produktif & Cemerlang
Pakar Dalam Bidang Sendiri
Bersih & Cintakan Kebersihan
Sentiasa Berkongsi Wawasan
Sentiasa Berkongsi Misi
Hayati "Interpersonal Trust & Organizational Trust"
Tunjukkan Kelebihan Diri
Amalkan Budaya "Zero-Fear"
Sentiasa Menjadi Pemimpin & "Role-Model"
Cepat Bertindak Serta Berkualiti dan Berkesan
Menyalahkan Diri Sendiri Lebih Daripada Menyalahkan Orang Lain
Tidak Mengata-ngata Orang Lain; Apa Lagi Keluarga Sendiri
Seronok dI tempat kerja
Hayati Budaya Ihsan
Istiqamah Dalam Kerja
Maju & Sentiasa Di Hadapan
Memuji Dengan 1001 Cara
Melaksanakan Sesuatu & Tidak Hanya Mengaku Ingin Membuatnya
Mementingkan Inisiatif
Gemar Belajar Sepanjang Hayat
Membuat Keputusan Berasaskan Fakta; Bukan Andaian
Miliki Sikap "I Want To Be The Best"
Sumbangkan Yang Terbaik & Cemerlang
Penekanan Lebih Kepada Nilai-nilai Keagamaan
MENEPATI MASA
Mahir Komputer
Menguasai IT & Alam Siber

Friday, October 23, 2009

Siapa Tahu???


Jangan sangka semua orang tahu apa yang kita rasa dalam hati. Adakalanya kita marah, tetapi orang lain menyangka kita tak kisah. Kadang-kadang kita kecewa, tetapi wajah kita kelihatan biasa. Adakalanya kita gembira , tetapi muka merah membara. Tidak semua emosi tergambar di wajah. Sekiranya tergambar pun, tidak semua orang mampu "membacanya".

Oleh itu , cara yang mudah adalah dengan menyatakan apa yang kita rasakan, terutama sekali rasa penghargaan kepada rakan-rakan sekerja. Penghargaan bererti pengiktirafan dan penerimaan sosial bagi seseorang itu. Mengikut Maslow. ia adalah antara sumber motivasi yang berkesan, kerana manusia secara fitrah ingin diiktiraf dan diterima.

Thursday, October 22, 2009

Berkira kerja!!!

Setengah orang amat berkira kerja dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Kenapa perlu berkira??? Anggaplah setiap pekerjaan yang kita laksanakan satu tanggungjawab dan amanah serta dalam masa yang sama kita juga menerima pengalaman yang amat berharga.

Tuesday, October 20, 2009

Pemantauan Datang Lagi

Tahun ini sekolah telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Semua pihak perlu bergading bahu dalam melengkapkan dokumentasi berpandukan instrument yang diberikan.. Semoga berjaya diucapkan kepada semua

Monday, October 5, 2009

Penghujung Persekolahan

Tinggal sehari lagi Peperiksaan PMR akan dijalankan. Semoga berjaya kepada yang akan menghadapinya. Selepas PMR, menyusul pula peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Selesai sahaja peperiksaan ini peperiksaan SPM pula muncul. Begitu cepat masa akan berlalu.. orang yang merancang akan bertindak bagi memenuhi masa yang ada. Saya mengingatkan diri ini bahawa masa tetap akan meninggalkan kita.. masa yang telah berlalu tidak akan berulang semula...... Rancang ! Rancang ! Rancang!
If you fail to plan, you plan to fail....

Thursday, October 1, 2009

Individu Kuat!!

Nabi berpesan.." Individu yang kuat adalah individu yang dapat mengawal diri ketika marah"

Diam tidak bererti kalah. Dalam diam ada kemenangan.
Lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak mendatangkan faedah...

Tuesday, September 22, 2009

Gambar Raya 2009

Raya di Seremban, Negeri Sembilan



Raya di Muar, Johor

Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

Bersyukurlah...

Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing

Orang dulu-dulu ingin menggambarkan kebersamaan dengan muafakat. Semuanya adalah tanggungjawab semua. Masing-masing memainkan peranan tersendiri bagi menjayakan matlamat bersama. Bukannya berfikir secara individualistik dan sendiri-sendiri.
Begitu juga dalam organisasi di tempat kerja. Apabila kita seronok berkarier, antara yang penting adalah memupuk rasa kebersamaan dan tanggungjawab kepada organisasi yang kita sertai. Semua perlu merasai dan menghayati betul-betul. Kemudian barulah ia terserlah dalam kerja seharian.
Nabi Muhamad pernah berkata" Kambing yang bersendirian pasti dibaham serigala". Kata-kata ini ingin menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kerja kebersamaan dalam menjamin kejayaan sesebuah syarikat atau jabatan . Bagaimana pula di tempat kita???

Dipetik daripada Buku " 55 Petua Seronok Bekerja" oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.


Have a Wonderful Day!
Grab a new Myspace 2.0 Layout


Tuesday, September 8, 2009

Rakaman EduwebTv











Hari ini 8 September 2009, saya telah terpilih oleh eduwebtv untuk menjalani pengambaran. Slot yang utama untuk sesi pengambaran ini ialah sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk sesi ini saya telah diadakan di Makmal Komputer. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selepas tamat pengambaran sesi pengajaran dan pembelajaran , pihak eduwebtv telah mengambil beberapa slot sepanjang hari saya berada di sekolah( rasa popular sekejap!!).... dan sesi temuramah dengan pelajar dan beberapa rakan guru mengenai saya. Terima kasih kepada pelajar dan rakan yang membantu saya dalam menyempurnakan tugas pengambaran. Budi kalian akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.
Antara gambar yang sempat diambil.....

Thursday, September 3, 2009

BULAN PUASA PENUH KEBERKATAN

Mengajar di bulan Ramadhan memerlukan kekuatan dalaman dan fizikal. Jangan jadikan bulan yang mulia ini lemah dan longlai dalam melaksanakan amanah kita sebagai pendidik. Seharusnya ianya lebih baik kerana pahala yang dijanjikan adalah berlipat kali ganda, apatah lagi tugas mendidik ini. Semoga kita beroleh kemenangan dalam menjalankan usaha kita mendidik anak bangsa.

Monday, August 31, 2009

Gambar Terkini

Esok sekolah semula

Esok, 1 September 2009 sekolah bermula semula setelah seminggu bercuti. Bila sekolah bermula maka kerja dan tanggungjawab juga perlu diteruskan dan dilaksanakan . Semoga kita semua dapat meneruskan tugas demi anak didik kita semua.

Wednesday, August 26, 2009

LDP - Pengurusan Fail 2008


Gambar diambil semasa menjadi penceramah LDP
- Pengurusan Fail ( 6-7 Ogos 2008)

Tuesday, August 25, 2009

Penceramah LDP




Kenangan menjadi penceramah LDP di SMK Puteri pada 14 Februari 2009 yang lepas.

Monday, August 24, 2009

Pencuri datang lagi

Untuk kesekian kalinya kejadian kecurian berlaku di sekolah lagi . Hati ini mula marah kerana sikap pencuri yang tidak jemu-jemu merampas harta milik kerajaan khususnya untuk kegunaan warga sekolah. Lebih sedih lagi ... mereka telah mencemarkan bulan ramadhan yang mulia ini. Harapan saya agar mereka yang melakukan kemungkaran ini akan dibawa ke muka pengadilan. Jika tidak di dunia akan diadili mahkamah Allah kelak.

Sunday, August 23, 2009

ALONG ALANG


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, August 21, 2009

BULAN RAMADHAN

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

ramadhan Pictures, Images and Photos


Esok, 22 Ogos seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa . Semoga kita semua beroleh rahmat dan hidayah dibulan yang barakah ini. Kebetulan dalam masa yang sama cuti sekolah juga bermula esok sehingga 30 Ogos 2009. Selamat berpuasa dan selamat bercuti ...


Thursday, August 20, 2009

UJIAN SARINGAN UKM2- PERMATApintar



Hari ini saya diamanahkan menjadi pengawas Ujian Saringan UKM2 untuk program PERMATApintar.Kebetulan pada masa yang sama sekolah saya menjadi pusat bagi 19 orang pelajar. Pertama kali mengawas ujian secara online merupakan pengalaman yang amat berharga buat saya. Terima kasih diatas bantuan dan sokongan rakan yang sama-sama memastikan tugas pengawasan berjalan dengan lancar.

Wednesday, August 19, 2009

Susahnya cikgu..pening

Hari ini pelajar tingkatan 4 masih mengatakan add maths itu susah... Pening cikgu . Saya sering menegaskan sebelum kita dapat menakluk sesuatu.. kita mesti suka kepadanya .. subjek ini pada asasnya mesti ditanamkan minat .. kalau kita minat mesti kita akan berusaha untuk mempelajarinya.. Macam suka pada seseorang, mula-mula minat,, kalau dah minat mestilah kita akan membuat apa cara untuk orang itu suka dengan kita. Itu cuma analoginya.. kenyataannya.. kalau nak add maths tu kita kuasai mestilah kita terlebih dahulu minat kepadanya.

Tuesday, August 18, 2009

Doa Perpisahan

Sesungguhnya...

Gambar Konvo 2002


Gambar Konvo 18/8/2002. Gambarpun dah jadi hitam putih!!! Baby yang paling cute tu dah tahun 1 sekarang. Kak Lang Nadhirah pula baru 2 tahun dia takut tengok saya dengan pakaian jubah.. tengok saja mukanya..

Saturday, August 15, 2009

How to Study Additional Mathematics

HOW TO STUDY ADD MATHS
1. Read what the instructor will be lecturing on before you go to class.Read slowly. Reading mathematics is not like reading a novel or even history. Speed reading techniques are not appropriate. Every word and symbol is important to the meaning. Do not skip the symbolic part of the text. This is often the most important part. If you do not understand a symbol, look in the glossary or in the earlier part of the text. Symbols are often explained when they are first introduced. If you still can not find out what a symbol means, ASK!Read with a pencil in hand. Every time the author does a problem, do it on your own—either before or after you read his or her explanation. This makes sure you know what steps have been shown and, more importantly, which ones were omitted. If there is something you do not understand, try to formulate a question about it. Often if you can ask a specific question, you can answer it yourself. If you can’t answer it, you know what part of the instructor’s lecture requires your complete attention. Your question is ready if the lecture does not clear up your misunderstanding.
2. Understand the concepts.Don’t be satisfied with vague ideas about how to work problems. Do the examples yourself, understand the concept illustrated, then try making up your own examples. Keep in mind that the questions on the exam may be very different from the example in the book.
3. Practice.Be sure you understand the concepts before you practice. Then practice will help you remember and give you confidence in your mastery. Force yourself to remember the methods as you work problems; don’t look back in the book.
4. Keep up with assignments (whether they are graded or not).The pace is much faster in college and keeping up to date with assignments helps you to better understand what is going on in class.Mathematics is not a spectator sport. The only way you can learn mathematics is by doing it. Following are some suggestions for getting the most out of the time you spend on homework.
Understand the purpose of homework. Homework in mathematics classes is assigned to help you understand certain concepts and to help you build certain skills. Homework is not assigned to you because it is important to get the right answers. Your instructor already knows the answers.
Try to understand the process, not the specific problem. Classify problems in the assignment by problem type. Although this is often done for you by the directions, it is not always. Do each assigned problem and then check it in the back of the book. Try to figure out why you missed the ones you did instead of just working toward the answer. A similar problem may be on a test or quiz.
Mark homework problems you still do not understand and get help with them before the next class. The next lecture may build on a concept or skill you did not understand in the homework. When you do get help, make notes on what you learned, so that you can study them for the test.
Before closing the book, look back over the assignment and try to explain to yourself what the assignment was about, what each kind of problem was asking, how you got the answers and what the answers tell you. This process will help you understand the material and will help you discover what you don’t understand.
Keep your homework in a convenient and neat notebook so that you will be able to find questions or difficulties you have quickly and easily. This will also provide an invaluable study guide for tests.
5. Ask questions.Do not hesitate to ask questions. Ask your instructor for help after you have tried to pull class notes and textbook explanations together for review and still don’t understand. Write down specific problems so you have them ready; don’t be vague and say you just don’t understand.
6. Don’t hesitate.Get help right away. Tutoring and help sessions are available. The longer you wait before getting help, the harder it will be to get caught up. Most of the time when you feel lost, it is just one concept that you are missing, so get help quickly. One missed concept in a math class will make the rest of your math career a hardship. Don’t feel embarrassed to ask questions and get help; even the best mathematicians have felt completely lost at some point.

Tuesday, August 11, 2009

Belajar Pengurusan Makmal Komputer



Hari ini 10-12 Ogos 2009 saya telah terpilih menghadiri kursus makmal komputer sebagai Pembantu Penyelaras ICT di sekolah. Pelbagai ilmu baru telah saya perolehi.. Sesungguhnya ilmu itu luas .. lagi banyak kita belajar maka lebih banyak juga pengalaman yang kita perolehi.