Monday, September 14, 2009

Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing

Orang dulu-dulu ingin menggambarkan kebersamaan dengan muafakat. Semuanya adalah tanggungjawab semua. Masing-masing memainkan peranan tersendiri bagi menjayakan matlamat bersama. Bukannya berfikir secara individualistik dan sendiri-sendiri.
Begitu juga dalam organisasi di tempat kerja. Apabila kita seronok berkarier, antara yang penting adalah memupuk rasa kebersamaan dan tanggungjawab kepada organisasi yang kita sertai. Semua perlu merasai dan menghayati betul-betul. Kemudian barulah ia terserlah dalam kerja seharian.
Nabi Muhamad pernah berkata" Kambing yang bersendirian pasti dibaham serigala". Kata-kata ini ingin menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kerja kebersamaan dalam menjamin kejayaan sesebuah syarikat atau jabatan . Bagaimana pula di tempat kita???

Dipetik daripada Buku " 55 Petua Seronok Bekerja" oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.


Have a Wonderful Day!
Grab a new Myspace 2.0 Layout


No comments:

Post a Comment