Sunday, January 31, 2010
Aktiviti Hujung Minggu
30 Jan 2010, saya menemankan suami memancing di kolam sekitar Beranang , Selangor.. Setelah hampir satu jam menunggu akhirnya mendapat hasil .. Ikan Patin hampir 3 kg.
Wednesday, January 27, 2010
Terima dengan Redha
" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala ( dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa ( dari kejahatan) yang dikerjakannya". ( Al Baqarah- 284)
Ayat di atas memberi kekuatan kepada diri ini yang sentiasa alpa. Saya harap kepada rakan taulan dan sahabat yang diuji dengan pelbagai ujian tabah dan sabar .. Sesungguhnya kesabaran itu satu kekuatan yang tidak boleh dirasai melainkan individu itu sendiri mengalaminya.

Thursday, January 21, 2010
Saturday, January 16, 2010
Teknik Senyum
Kita tahu betapa pentingnya sentiasa senyum di tempat kerja. Namum persoalannya , macamana hendak senyum? Sekiranya kita sedang berada dalam keadaaan yang cukup letih dan kecewa , adakah kita dapat menjadikan wajah kita sentiasa senyum?
Oleh sebab itu kita perlu benar-benar mahir bagaimana hendak senyum!! Bunyinya agak pelik tetapi percayalah tidak ramai yang mahir senyum. Buktinya ?? Buka dompet dan muka dalam kad pengenalan kita. Adakah kita sudah cukup tersenyum?
Senyum adalah satu aktiviti yang cukup ringkas dan mudah. Ada dua perkara yang utama yang perlu kita lakukan untuk senyum. Pertama , panjangkan otot bibir kita, dan yang kedua angkat ototn pipi kita. Senang bukan??
Pada mulanya , memang kelihatan senyuman itu tidak berapa menarik. Jangan risau berlatihlah di hadapan cermin bagi mendapatkan senyuman yang benar-benar ceria dan menceriakan. Panjangkan bibir dan angakat otot pipi. Lakukan setiap hari supaya otot-otot muka kita menjadi lebih kuat dan mahir menghasilkan senyuman yang benar-benar mampu " menawan dunia" Senyum itu satu sedekah....

Sunday, January 10, 2010
Friday, January 8, 2010
Permulaan Tahun 2010
Sesi persekolahan tahun ini dimulakan dengan pendaftaran Tingkatan 1 pada 3 Januari 2010 yang lalu. Moga anak-anak didik yang baru mendaftar akan beroleh kejayaan selama 5 tahun belajar di SMK Puteri.
Glitterfy.com - Glitter Graphics
Thursday, January 7, 2010
Bina semula Keyakinan diri
Tahun 2010 .. tarikh keramat bagi semua orang.. tahun barulah katakan.. Tertanya-tanya pada diri kenapa kurang keyakinan diri untuk menghadapi gelombang yang bakal melanda. Secara sedar dan tidak saya perlu menyakinkan diri agar terus menyambung amanah yang diberi dan dapat memberikan yang terbaik.
Monday, January 4, 2010
Hari Pertama Sesi Persekolah 2010
Hari pertama kembali bertugas ke sekolah penuh dengan pelbagai kerenah..Alhamdulillah semuanya dapat diharungi demi amanah yang telah diberi. Doa ini moga diri ini terus tabah menempuh sepanjang sesi persekolahan tahun 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)