Sunday, May 31, 2009

Sukaneka Taman Perumahan



Hari ini merupakan hari keluarga dan sukaneka di taman saya. Kebetulan suami menjadi urusetia. Jadi untuk menyenangkan kerja yang ada.. semua kerja urusetia diamanahkan kepada kami sekeluarga daripada menyediakan buku program, menyediakan door gift dan urusan pendaftaran. Alhamdulillah anak-anak dapat menjalankan amanah itu walaupun terpaksa guide pada peringkat awalnya. Biar..dioarang belajar sejak kecil cara untuk berorganisasi.. cam mak dan ayahnya aktif sejak zaman kampus lagi....


Friday, May 29, 2009

image terbaru...

Selamat Bercuti

Cuti pertengahan kini bermula. Pada cuti kali ini, saya perlu menanda kertas peperiksaan pelajar. Target saya ingin menyiapkan minggu pertama cuti kerana minggu kedua akan diisi dengan kerja-kerja yang masih terbengkalai.

Thursday, May 28, 2009

Mulakan dengan diri sendiri

Kenkadang bila kita ingin mengubah sesuatu di depan mata kita adalah lebih baik kita mulakan dengan diri sendiri. Cuba selidiki dalam diri apa yang masih perlu diperbaiki. Jika banyak kelemahan kita seharusnya berusaha membaiki kelemahan tersebut. Jika masih kekurangan ilmu maka perlulah kita menambahkan lagi ilmu di dada. .. dan yang pasti jika kita berjaya menguasai diri kita sendiri insyaAllah kita dapat mengubah apa yang ada di depan mata kita

Tuesday, May 26, 2009

Projek terkini

Semalam sempat ke satu kursus untuk upgrade lagi pengurusan penilaian dan periksaan di sekolah. I have to prepare the proposal for this new project. Perancangannya nak siapkan proposal nih masa cuti semester nanti.

Thursday, May 21, 2009

BELAJAR SESUATU

Hari ini hari yang sibuk buat saya. Selain pelajar sibuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, tugas-tugas lain juga mengiring. Kalau difikir-fikirkan memang tak terbuat. Saya harus merancang betul-betul agar segalanya berjalan dan berjaya. Perancangan amat penting dalam apa jua perkara. Islam sendiri mengajar umatnya merancang. Pada zaman Nabi Muhamad s.a.w , baginda sendiri mengatur beberapa strategi sebelum berhijrah ke Kota Madinah. Maknanya merancang itu memang telah lama diajar kepada kita. Semoga saya dapat merancang dengan bijak dalam mengatur tugasan sebagai seorang pendidik

Wednesday, May 20, 2009

BUKAN MUDAH NAK BERJAYA

Orang dahulu sering berkata kalau bukan mudah nak berjaya.. perlu banyak bersabar, belajar, menuntut ilmu. Pengalaman juga penting . Pengalaman itu mematangkan kita. Pengalaman adalah ilmu yang tidak diperolehi dari buku . Ianya mesti kita alami sendiri. Bila kita alami sendiri barulah kita tahu pahit dan manisnya sesuatu perkara....

Monday, May 18, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Hari ini bermula peperiksaan pertengahan tahun di sekolah saya sehingga ke akhir minggu sebelum cuti pertengahan semester. Semoga pelajar saya dapat menjawab dengan tenang dalam peperiksaan kali ini

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

"Cikgu" satu panggilan keramat. Pertama kali dalam hidup saya dengar panggilan itu apabila saya melangkah masuk ke sekolah untuk menjalani latihan praktikal. Teringat masa kecil.. panggilan itu acapkali saya dengar bila orang memanggil arwah ayah. Kerjaya guru ini memang bukan pilihan pertama saya... Masa dan keadaan yang merubah, antara percaya atau tidak saya kini menjadi seorang guru. Tema hari guru tahun ini" Guru pembina negara bangsa". Jadilah guru di mana-mana. Personaliti seorang guru. Jalan seorang guru, makan seorang guru, kata-kata seorang guru. Tak mustahil zaman dahalu kala guru amat dihormati.. saya masih mencari magic itu sehingga ketemu satu hari nanti.. insyaALLAH.