Saturday, February 21, 2009

Kursus Photoshop

Semalam Unit ICT sekolah saya telah menganjurkan kursus photoshop untuk AJK Laman Web Sekolah (pelajar dan guru) . Peserta kursus telah diberi penerangan konsep asas mengedit gambar. Tugasan mengedit akan dikendalikan pelajar disamping dibimbing oleh guru. Semoga kursus akan memberi semangat pelajar ini mengemaskini laman web sekolah .

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Terkini

Hari ini dan semalam merupakan sesi pengambaran gambar guru2 untuk dimuatkan di carta organisasi dan laman web sekolah saya. Proses mengambil gambar tak le lama , tapi yang pasti proses mengedit mengambil masa. May be kami akan minta pelajar mengedit gambar2 ini. Bila proses editnya telah selesai barulah ianya boleh dimuatkan dimana-mana

Saturday, February 14, 2009

Mata di Langit

Kejadian di Kuala Lumpur semasa ribut melanda

Friday, February 13, 2009

Semangat Pelajar .

Semalam telah berlangsungnya Kejohanan Sukan sekolah saya. Tahun ini dalam rumah sukan saya ditugaskan memantau dan melatih pelajar sorak . Kalau difikirkan logik memang le tak berpengalaman dalam bidang ini. Namun dengan semangat daripada pelajar yang sanggup 'stay back' setiap hari membuatkan saya jadi semangat sama. Hari sukan penentu segalanya. Sebelum pelajar bersorak rumah sukan , saya sempat melaksanakan "last touch-up" kepada pelajar-pelajar ini. Memang benar.. mereka lebih bersemangat. Sepanjang sukan mereka bersorak tanpa diarah.. Alhamdulillah dapat meraih tempat ketiga. Sebenarnya banyak yang saya belajar daripada tugasan ini. Semasa mengagihkan hamper kemenangan masih ada lagi semangat di kalangan pelajar. Saya minta pasukan sorak ini agar berusaha lebih baik di tahun akan datang. Tak kira siapa pun guru penasihat pasukan sorak mereka... Sesungguhnya pengalaman mengajar segalanya.

Wednesday, February 11, 2009

Hendak seribu daya...

Hari ini saya diamanahkan satu tugas baru. Biarpun saya mengetahui untuk menyelesaikan tugasan tersebut perlukan masa, tenaga dan komitment yang jitu, namum saya gagahi jua. Sebenarnya ruang dan peluang ada di depan kita. Terpulang kepada kita untuk menerokainya. Ilmu juga boleh diperolehi dimana-mana dalam zaman sains dan teknologi ini. Kita sebagai pendidik seharusnya tahu mencari dan menyaring maklumat yang diperolehi. Saya amat berterima kasih dengan Ketua Bidang Sains dan Matematik serta rakan yang banyak membantu saya dalam merealisasikan tugasan dan amanah yang diberikan. Pendek kata hendak seribu daya kita usahakan dan kalau tak nak seribu dalih pula kita ucapkan.Semoga tugasan ini dapat saya siapkan seperti yang telah ditetapkan.

Thursday, February 5, 2009

Penambahan Ilmu

Hari ini telah masuk hari ke lima bulan Februari. Begitu pantas masa berlalu.... namun hidup perlu diteruskan. Hari ini juga saya belajar perkara baru. Satu kursus pengendalian laman web anjuran unit ict. Banyak ilmu yang saya perolehi . Ilmu sahaja tidak cukup perlu diiringi dengan praktikal. Terima kasih kepada penyelaras ICT sekolah saya dengan ilmu yang dikongsikan.