Friday, February 13, 2009

Semangat Pelajar .

Semalam telah berlangsungnya Kejohanan Sukan sekolah saya. Tahun ini dalam rumah sukan saya ditugaskan memantau dan melatih pelajar sorak . Kalau difikirkan logik memang le tak berpengalaman dalam bidang ini. Namun dengan semangat daripada pelajar yang sanggup 'stay back' setiap hari membuatkan saya jadi semangat sama. Hari sukan penentu segalanya. Sebelum pelajar bersorak rumah sukan , saya sempat melaksanakan "last touch-up" kepada pelajar-pelajar ini. Memang benar.. mereka lebih bersemangat. Sepanjang sukan mereka bersorak tanpa diarah.. Alhamdulillah dapat meraih tempat ketiga. Sebenarnya banyak yang saya belajar daripada tugasan ini. Semasa mengagihkan hamper kemenangan masih ada lagi semangat di kalangan pelajar. Saya minta pasukan sorak ini agar berusaha lebih baik di tahun akan datang. Tak kira siapa pun guru penasihat pasukan sorak mereka... Sesungguhnya pengalaman mengajar segalanya.

No comments:

Post a Comment