Wednesday, February 11, 2009

Hendak seribu daya...

Hari ini saya diamanahkan satu tugas baru. Biarpun saya mengetahui untuk menyelesaikan tugasan tersebut perlukan masa, tenaga dan komitment yang jitu, namum saya gagahi jua. Sebenarnya ruang dan peluang ada di depan kita. Terpulang kepada kita untuk menerokainya. Ilmu juga boleh diperolehi dimana-mana dalam zaman sains dan teknologi ini. Kita sebagai pendidik seharusnya tahu mencari dan menyaring maklumat yang diperolehi. Saya amat berterima kasih dengan Ketua Bidang Sains dan Matematik serta rakan yang banyak membantu saya dalam merealisasikan tugasan dan amanah yang diberikan. Pendek kata hendak seribu daya kita usahakan dan kalau tak nak seribu dalih pula kita ucapkan.Semoga tugasan ini dapat saya siapkan seperti yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment