Saturday, January 16, 2010

Teknik Senyum

Kita tahu betapa pentingnya sentiasa senyum di tempat kerja. Namum persoalannya , macamana hendak senyum? Sekiranya kita sedang berada dalam keadaaan yang cukup letih dan kecewa , adakah kita dapat menjadikan wajah kita sentiasa senyum?

Oleh sebab itu kita perlu benar-benar mahir bagaimana hendak senyum!! Bunyinya agak pelik tetapi percayalah tidak ramai yang mahir senyum. Buktinya ?? Buka dompet dan muka dalam kad pengenalan kita. Adakah kita sudah cukup tersenyum?

Senyum adalah satu aktiviti yang cukup ringkas dan mudah. Ada dua perkara yang utama yang perlu kita lakukan untuk senyum. Pertama , panjangkan otot bibir kita, dan yang kedua angkat ototn pipi kita. Senang bukan??


Pada mulanya , memang kelihatan senyuman itu tidak berapa menarik. Jangan risau berlatihlah di hadapan cermin bagi mendapatkan senyuman yang benar-benar ceria dan menceriakan. Panjangkan bibir dan angakat otot pipi. Lakukan setiap hari supaya otot-otot muka kita menjadi lebih kuat dan mahir menghasilkan senyuman yang benar-benar mampu " menawan dunia" Senyum itu satu sedekah....



Make Me Smile

No comments:

Post a Comment