Friday, October 23, 2009

Siapa Tahu???


Jangan sangka semua orang tahu apa yang kita rasa dalam hati. Adakalanya kita marah, tetapi orang lain menyangka kita tak kisah. Kadang-kadang kita kecewa, tetapi wajah kita kelihatan biasa. Adakalanya kita gembira , tetapi muka merah membara. Tidak semua emosi tergambar di wajah. Sekiranya tergambar pun, tidak semua orang mampu "membacanya".

Oleh itu , cara yang mudah adalah dengan menyatakan apa yang kita rasakan, terutama sekali rasa penghargaan kepada rakan-rakan sekerja. Penghargaan bererti pengiktirafan dan penerimaan sosial bagi seseorang itu. Mengikut Maslow. ia adalah antara sumber motivasi yang berkesan, kerana manusia secara fitrah ingin diiktiraf dan diterima.

1 comment:

  1. Coretan hati di atas kertas mampu melerai apa yang terpendam. Pilihan ini positif dan membawa impak yang banyak. Maksudnya memberikan kelegaan yang banyak dan memberikan kepuasan.

    Memang benar belaka, apa yang tersirat dalam hati tidak mampu dibaca 100% oleh orang lain maka luahkanlah dengan cara anda sendiri.

    ReplyDelete