Aidil Adha yang lalu, saya dan keluarga sempat pulang ke kampung . Suasana damai, nyaman masih terasa di kampung.. sempat melupakan kesibukan berada di bandar.
Untuk memperoleh kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak dugaan,ujian yang kadangkala menguji kita. Bila sudah berjaya,, untuk sentiasa konsisten juga amat sukar.. Saya memegang kepada prinsip kita tidak pernah sempurna .. perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu baru untuk mengupgradekan diri ini.
Setiap pekerjaan itu bergantung kepada niat.Ini merupakan motivasi bila melakukan sesuatu perkara. Biarpun kita katakan motivasi luaran dan dalaman itu penting namum jika motivasi dalam tidak dihadam , apatah lagi motivasi luaran. Kita seharusnya berfikir setiap detik dan saat pekerjaan yang kita lakukan akan diberi ganjaran dan ianya bergantung daripada niat kita melakukannya. Carilah motivasi dari dalam ... kerana ia akan memberi kesan setiap langkah perjalanan kehidupan ini.