Saturday, July 31, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Singgah sebentar


Persinggahan sebentar di cermin kereta pada satu petang yang indah... Begitu juga kehidupan ini..singgah sebentar untuk menghadapi kehidupan yang lebih abadi

Monday, July 26, 2010

Amalan Malam Nisfu Syaaban

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Sunday, July 25, 2010

PTK oh PTK!


PTK... oh PTK... wajah-wajah riang setelah menerima keputusan PTK pada 22 Julai 2010 yang lalu

Tuesday, July 13, 2010

Berubah..

Kenapa semenjak kebelakangan ini terasa banyak perkara yang berubah. Yang sihat segar bugar tiba2 sakit,,, yang indah.... menjadi mimpi ngeri... yang baru datang ....pergi jua ... selepas ini tak tahu apa yang akan berlaku.. Ya Allah tabahkanlah hambaMu ini menghadapi semua ujian dan cabaran ini yang telah Kau tentukan.Saya berdoa semoga sinar kebahagiaan akan mengiringi kehidupan ini agar tidak dibayangi kejadian yang tidak diingini.. Amin~

Thursday, July 1, 2010

Berita Program Sekolah@MMU Seremban


Berita Program Sekolah@MMU Seremban di Berita Harian 30 Jun 2010 ruangan wartawan muda.. syabas kepada Sdri Siti Zuriani Zakaria...Dari SMK Puteri