Friday, August 7, 2009

Taklimat Program peningkatan Additional Mathematics


Gambar semasa memberi taklimat program peningkatan matapelajaran Additional Mathematics untuk SPM 2009 pada 7 Ogos 2009.

Menanda Ujian Ogos

Ujian Bulan Ogos baru saja berlalu. Saya telah berjaya menanda 2 kelas. Hanya tinggal satu kelas.. Kertas Additional Mathematics Form 4. Saya perlu siapkan hujung minggu ini.

Gambar lagi...

Tuesday, August 4, 2009

Belajar dari rakan



Hari ini saya belajar sesuatu yang baru dari seorang sahabat...thank u inah...

Tugas... Tugas... Tugas!!!!

Tugas baru melanda lagi.. Perlu atur strategi dan perancangan yang teliti supaya segalanya berjalan lancar. Tidak ramai manusia suka berfikir . Berfikir itu memerlukan masa , tenaga , strategi yang bernas... Tapi tahukah kita dengan berfikir kita telah mengaktifkan semua saraf dalam tubuh badan kita khususnya sel-sel otak ... Cuba kita bayangkan ... kita telah lama tinggalkan buku-buku dan tugasan semasa di kampus... namun dalam dunia pekerjaan kalau kita tidak berfikir saraf dan sel-sel otak akan menjadi tidak aktif... umpama sebilah keris.. jika dibiarkan saja.. ia akan tumpul dimakan zaman..

Monday, August 3, 2009

Kursus Visual Basic

Hari ini Panitia ICTL di sekolah menganjurkan kursus Visual Basic. Kursus yang melibatkan pengaturcaraan (programming). Saya masih teringat semasa di ITM Shah Alam hampir 21 tahun lalu .. saya pernah mengalami bagaimana peritnya mempelajari programming ini. Setiap satu arahan serta simbol perlu dipatuhi .. jika tidak ianya tidak akan memberikan hasil. Perlu sabar dan teliti... dan disini saya cuba kaitkan dengan kehidupan.... sebenarnya di dalam kehidupan ini ada peraturan dan arahan yang perlu kita patuhi.. jika tidak kita akan sesat.....fikirkanlah....

Saturday, August 1, 2009

Belajar selagi daya...

Kita dituntut menimba ilmu selagi hayat dikandung badan. Ilmu pengetahuan itu terlalu luas. Namun dalam kita menuntut ilmu itu terselit adab-adab yang perlu dipatuhi. Semoga kita semua terus mencari ilmu ....tuntutlah ilmu sedari buaian hinggalah ke liang lahad.