Wednesday, March 10, 2010

Ada Matlamat

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

* Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
* Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
* Kenapa aku mahukannya?
* Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.

Contoh matlamat:

Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.

Cakap tidak serupa bikin.

Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...

Monday, March 8, 2010

Zaman Persekolahan


Orang kata zaman persekolahan merupakan zaman yang amat meninggalkan kesan dalam hidup seseorang . Kawan-kawan, guru, persekitaran sekolah menjadikan satu kenangan yang indah bagi setiap individu. Bermula di sekolah menjadikan siapa diri kita sekarang....

Saturday, March 6, 2010

Record of Me!!!




6 Mac 2010 (Sabtu)- Pagi dari 7.30 pg -1.30ptg - Mesyuarat PIBG SMK Puteri
2.00 -5.00 ptg - Ke Kenduri Kahwin di Banting
8.00- 11.00 mlm - Ke SMKA Pedas- menonton Teater
Teater " Menunggu Kata Dari Tuhan"
Teater daripada kisah Kaab bin Malik
yang melarikan daripada peperangan
Badar dan menghadapi konflik diri.

Friday, March 5, 2010

Sukan Sekolah Tahun 2010


Sukan sekolah tahun 2010 berlangsung ke STAR . Paroi.. Tahun ini bekerja di belakang tabir

Thursday, March 4, 2010

Pengalaman ditemuramah oleh Korea Broadcasting





30 Januari 2008 . Saya dan beberapa rakan sekerja ditemuramah oleh sekumpulan Korea Broadcasting mengenai pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih kepada Cikgu Mazlan atas gambar yang diberikan...

Bengkel Pembinaan Modul Mata Pelajaran




4 Mac 2010 ( Khamis). Hari ini panitia Matematik Tambahan menganjurkan Taklimat Pembinaan Modul Mata Pelajaran. Taklimat yang disampaikan oleh Guru Cemerlang Jusa C , Datin Hjh Rabiah Husin .