Saturday, April 25, 2009
Sunday, April 12, 2009
Hijrah untuk Berubah
Sejak seminggu lepas saya sempat membaca buku " Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah" karya Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. Banyak ilmu dan perkara yang saya perolehi disini. Antara slot yang menarik perhatian saya di sini :
Hikmah Hijrah Dr Fadzilah Kamsah
1) Solat Berjemaah
2) Baca Quran setiap hari
3) Makan bersama ahli keluarga
4) Menerima tetamu dengan ikhlas
5) Sebarkan salam di mana sahaja kita berada
6) Sentiasa memohon maaf dan memaafkan orang lain
7) Suami Isteri yang sentiasa berkasih sayang
8) Sedekah dan zakat
9) Solat taubat dan istighfar
10) Bersihkan rumah daripada semua perkara khurafat
11) Hidupkan sunah secara istiqamah
12) Mengajak kepada kebaikan
13) Zikir yang berterusan
14) Bermesyuarat
15) Berterusan doa
Semoga dengan panduan daripada pakar motivasi ini akan mengajar kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Hikmah Hijrah Dr Fadzilah Kamsah
1) Solat Berjemaah
2) Baca Quran setiap hari
3) Makan bersama ahli keluarga
4) Menerima tetamu dengan ikhlas
5) Sebarkan salam di mana sahaja kita berada
6) Sentiasa memohon maaf dan memaafkan orang lain
7) Suami Isteri yang sentiasa berkasih sayang
8) Sedekah dan zakat
9) Solat taubat dan istighfar
10) Bersihkan rumah daripada semua perkara khurafat
11) Hidupkan sunah secara istiqamah
12) Mengajak kepada kebaikan
13) Zikir yang berterusan
14) Bermesyuarat
15) Berterusan doa
Semoga dengan panduan daripada pakar motivasi ini akan mengajar kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Monday, March 30, 2009
Cabar Diri Sendiri
Musuh yang paling rapat adalah diri kita sendiri... Kita sentiasa berperang sama ada untuk menjadi selesa atau sentiasa meningkatkan diri... Terpulang kepada kita... saya sering bertanya kepada diri .....untuk tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan dan seharusnya berusaha menjadi lebih baik dan terbaik..
Saturday, March 28, 2009
Minggu ke 12...........
Dah pun masuk minggu ke 12 tahun 2009. Sedar atau tak sedar masa tetap meninggalkan kita. Saya perlu check balik adakah perancangan untuk 1/4 tahun 2009 telah tercapai atau tidak... sekurang-kurangnya ... sentiasa beringat..............
Saturday, March 14, 2009
Cuti Sekolah
Alhamdulillah target saya untuk menyiapkan tugasan menanda kertas peperiksaan pelajar sebelum cuti sekolah tercapai jua. Namum cuti singkat ini akan dipenuhi dengan aktiviti. Esok malam, 15 Mac saya dan rakan guru lain akan mengiringi pelajar ke Langkawi sehingga 18 Mac. Peperiksaan PTK pula akan menyusul 19 Mac, manakala 21-22 Mac pula akan ke Kem Rimba Ilmu untuk mengiringi pelajar dalam Perkhemahan KRS dan NGO's.
Subscribe to:
Posts (Atom)

