Tahun baru 2012 ini disebabkan kak long Syafiqah sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaan SPM beliau, maka minat memasak saya semakin bertambah .. lebih-lebih lagi beliau juga mempunyai minat yang sama. Hari ini kami mencuba resepi baru.. Chicken Grill dan Whipped Potato style kami .
Pada 29 November -2 Disemb 2011 lepas, sebelum memberi ceramah di Politeknik Merlimau saya telah dilantik JK Teknikal Kem SMat JPNS di D Village , Melaka.
Antara ceramah dan bengkel yang telah diberikan kepada pelajar : Bengkel Solar Boat/Card, Science Show, Saintis Muda dan Teknologi Pelancaran Roket
5-6 Disember 2011 yang lalu saya telah dijemput menjadi penceramah Kursus Penandaan dan Pemarkahan di Politeknik Merlimau, Melaka.. Pengalaman dua hari bersama pensyarah di Jabatan Matematik dan Sains Komputer tidak saya lupakan sepanjang hayat.