Sunday, August 9, 2009

Pengalaman Belajar Matematik Tambahan

Saya masih ingat matapelajaran Matematik Tambahan merupakan matapelajaran yang diperkenalkan semasa saya di Tingkatan 4 setelah menghadapi peperiksaan SRP . Pada masa itu saya ditempat di 4 Sains 2 SMK Sultan Abu Bakar , Muar. Hari pertama belajar Matematik Tambahan kami diperkenalkan dengan guru matapelajaran ini, iaitu Mrs Tan. Orang nya memang cantik dan bergaya.. Setelah diperkenalkan dengan silibus pada tahun itu.. kami begitu semangat mempelajari subjek dengan menyediakan 3 buku .. iaitu satu buku nota dan 2 buku latihan ( cara ini saya praktikan untuk pelajar saya kini).. Rupa-rupannya subjek ini bukanlah satu subjek yang mudah seperti yang saya sangka... dan saya masih ingat satu soalan dalam tajuk persamaan serentak.. soalannya pendek tapi penyelesaiannya amat panjang., letih kami menyalin daripada papan hitam. Mrs Tan sering memarahi kami kerana tidak memahami konsep subjek ini. Beliau sering memberikan jawapan kepada kami jika kami tidak dapat menyelesaikannya. Namun saya sering berbincang dengan rakan... penyelesaian setiap kerja rumah yang diberikan walaupun kadang-kadang memang sukar untuk difahami.. Rupa-rupanya subjek ini memerlukan kefahaman konsep .. bukan hanya latihan sahaja... malah latihan tidak memberi effect sekiranya tidak memahami konsep. Pengalaman semasa tingkatan 4 saya terus bawa sehingga tingkatan 5.. Memahami konsep subjek sehingga membuahkan kejayaan dalam Peperiksaan SPM saya.. Kini saya pula menjadi seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan.Terima kasih Mrs Tan kerana telah mengajar saya subjek ini.

No comments:

Post a Comment